
Kumpulan WKK Pertama dilatih di KK Sambir, Samarahan, Tahun 1982
Program Wakil Kesihatan Kampung (WKK) adalah Program Kesihatan yang berasaskan untuk mmeningkatkan taraf kesihatan masyarakat di kawasan luar Bandar khususnya bagi penduduk di tempat yang terpencil. Program ini telah mula dibuat secara percubaan pada tahun 1981 di sekitar kawasan KK Tebakang. Pada tahun tersebut juga, sebuah unit khas telah dibentuk di Pejabat Kesihatan Negeri Sarawak. Kumpulan pertama yang terdiri dari 12 orang WKK telah dilatih di KK Sambir, Samarahan. Pada tahun 1983, barulah program ini dilancarkan secara rasminya dan kursus untuk jurulatih dari setiap bahagian (pada ketika itu hanya ada 7 bahagian) diadakan di Lundu, Sarawak. Wakil Kesihatan Kampung adalah terdiri dari orang tempatan yang dipilih oleh masyarakat sebagai sukarelawan penjagaan kesihatan. Sukarelawan ini menjalani latihan selama tiga minggu dan kemudian balik ke kampong masing-masing untuk memberiperkhidmatan promotif, pencegahan dan perawatan asas. Mereka disokong dan diselia oleh anggota kesihatan yang terlatih dari klinik yang terdekat. Di kampong atau rumah panjang mereka memperluaskan system penyampaian penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Mereka juga bertindak sebagai penghubung pertama di antara masyarakat setempat dengan system penjagaan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Panduan Latihan Wakil Kesihatan Kampung
Wakil Kesihatan Kampung (WKK) yang dipilih akan dilatih dalam pelbagai topic berkaitan kesihatan selama tiga minggu di Klinik Kesihatan yang berdekatan atau pusat latihan di bahagian masing-masing. Latihan akan dikendalikan oleh Jurulatih dari Pejabat Kesihatan Bahagian bersama anggota kesihatan yang lain. Mereka dilatih berlandaskan modul latihan yang sedia ada.
Pemilihan Peserta Wakil Kesihatan Kampung
Pemilihan peserta WKK dilakukan selepas dua lawatan promosi (sensitization visit) dilakukan kepada masyarakat setempat. Pemilihan calon WKK dilakukan bersama oleh AJKKK dan penduduk kampong berdasarkan criteria seperti berikut :-
Ø Berminat untuk menjadi seorang WKK
Ø Berminat menolong masyarakat kampong
Ø Aktif dalam kegiatan kemajuan kampong
Ø Berpendapatan tetap
Ø Berumur dalam lingkungan 28-50 tahun
Ø Berkahwin atau bujang
Ø Dihormati oleh masyarakat
Ø Pandai menulis dan menbaca

Latihan WKK (Kumpulan Percubaan) 1981 di KK Tebakang, Serian
Objektif
Objektif Umum
Program WKK membolehkan semua penduduk di Sarawak khasnya yang tinggal di kawasan pedalaman, mencapai taraf kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan yang produktif dari segi ekonomi dan sosial.
Objektif Khusus
Ø Meningkatkan pengetahuan tentang aspek kesihatan yang baik.
Ø Meningkatkan kemahiran pengesanan penyakit dan kebersihan persekitaran.
Ø Untuk mendapat sokongan masyarakat dalam penjagaan kesihatan.
Ø Menurunkan kadar penyakit cirit-birit di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah (setiap keluarga dibekalkan dengan tandas yang sempurna).
Ø Memastikan setiap keluarga dibekalkan dengan bekalan air bersih yang mencukupi.
Ø Memastikan semua kanak-kanak mendapat immunisasi dalam masa yang tepat.
Ø Memastikan semua ibu mengandung mendapat penjagaan ante-natal pertama sebelum atau pada 12 minggu mengandung.
Ø Melaksanakan aktiviti kebersihan kampong (gotong-royong) sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Ø Kadar penyakit kulit diturunkan.
Panduan Latihan
Di seiap bahagian terdapat pasukan Jurulatih WKK yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat. Jurulatih dikehendaki mengandalikan satu kursus baru dan dua kursus ulangkaji untuk WKK setiap tahun tertakluk kepada peruntukan. Setiap kursus mempunyai bilangan peserta seramai 15 orang hingga 20 orang. Tempoh latihan baru ialah selama tiga minggu manakalan kursus ulangkaji ialah selama tiga hingga empat hari. Latihan WKK biasanya diadakan di klinik kesihatan yang berdekatan. Bagi bahagian yang mempunyai pusat latihan khas, semua kursus dan latihan akan diadakan disitu. Semasa latihan diadakan, semua perbelanjaan makan dan minum termasuk penginapan akan disediakan. Pengangkutan akan disediakan dan bagi yang tidak dapat disediakan pengangkutan, tuntutan balik tambang pengangkutan awam akan dibayar. Sepanjang tempoh latihan, peserta akan dibayar elaun ganti rugi.
Fasilitator utama semasa latihan adalah jurulatih di peringkat bahagian. Walaubagaimanapun semua anggota Klinik Kesihatan yang terlibat terutamanya Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Masyarakat akan dilibatkan. Penceramah luar iaitu dari jabatan lain termasuk penceramah dari Pejabat Kesihatan Bahagian atau Daerah juga akan dijemput untuk menyampaikan beberapa topic lain yang berkaitan.
Sebelum latihan diadakan, perancangan haruslah dijalankan dengan rapi terutamanya dari aspek tempat latihan, tempat tinggal peserta dan jurulatih, makan dan minum, pengangkutan, alat tulis dan peruntukan yang mencukupi.
No comments:
Post a Comment